Perkhidmatan
Kewangan.

Pembiayaan

Pemfaktoran

Ar-Rahn KERJAYA

Deposit

Agri KERJAYA

Pembiayaan.

Kemudahan pembiayaan telah ditawarkan kepada anggota-anggota KERJAYA semenjak penubuhan koperasi. Setakat hari ini KERJAYA telah mempelbagaikan pilihan produk pembiayaan yang mesra pelanggan dan cepat. Anggota-anggota hendaklah memenuhi syarat-syarat asas tertentu untuk mengakseskan kepada jenis pilihan produk pembiayaan yang sedia ada, termasuk tetapi tidak terhad kepada Pembiayaan Peribadi KERJAYA, Pembiayaan Korporat KERJAYA dan Pembiayaan Mesra KERJAYA.

Pemfaktoran.

Pemfaktoran adalah sesuatu kemudahan pembiayaan yang belum terima di mana dibahagi kepada Pra-Pemfaktoran dan Post-Pemfaktoran, ataupun lebih dikenali sebagai Pre-Financing dan Post-Financing adalah di mana KERJAYA membeli dagangan belum terima milik klien dan mengambil alih pemilikan hutang dalam transaksi perniagaan tertentu. Pihak-pihak yang terlibat dalam pemfaktoran akan menandatangani perjanjian-perjanjian tertentu untuk memudahkan pembiayaan berbentuk pemfaktoran ini.

Ar-Rahn KERJAYA.

Konsep Ar-Rahn adalah menjadikan sesuatu barangan sebagai cagaran bagi sesuatu hutang yang akan dijadikan bayaran pada kemudian harinya sekiranya hutang yang dimaksudkan tersebut tidak dapat dipulangkan atau dijelaskan kelak nanti. KERJAYA menawarkan kemudahan pembiayaan Ar-Rahn di kawasan-kawasan operasinya dari masa ke semasa.

Deposit KERJAYA.

KERJAYA menawarkan produk deposit kepada anggota-anggota bagi membantu mereka membuat penabungan atau pelaburan berjangka pendek dengan memberikan kadar pulangan yang munasabah dan berisiko rendah. Produk Deposit KERJAYA memberikan tawaran dividen yang kompetitif dan berperanan sebagai salah satu produk pelaburan alternatif yang baik. Kadar keuntungan produk Deposit KERJAYA akan diindikasikan oleh KERJAYA dari masa ke semasa.

Agri KERJAYA.

Pembiayaan Agri KERJAYA adalah produk perkhidmatan kewangan terbaru dan istimewa yang ditawarkan oleh KERJAYA khususnya kepada para-pengusahawan pertanian dan bakal usahawan yang ingin menceburi dalam bidang pertanian (agrikultur). KERJAYA menawarkan kemudahan kredit pembiayaan kepada para usahawan sedemikian untuk mendapatkan jentera dan/atau alat-alat pertanian. Di samping itu, KERJAYA juga akan memberikan nasihat profesional melalui pakar-pakar agrikultur kepada para usahawan untuk menjayakan hasil-hasil penanaman seperti tanaman jagung, avocado, halia dan sebagainya.